Saturday 22 October 2016

BERNIAGA KECILAN PUN RUGI?

Perniagaan kerap menemui kegagalan walau ianya sekadar perniagaan kecil-kecilan?

Memperincikan salah satu puncanya...

Salah satu punca masalah kegagalan perniagaan kecil-kecilan anda adalah:


Tidak membezakan poket kiri dan kanan

Maksudnya begini, walaupun kita buat perniagaan kecil-kecilan, kita perlu mengasingkan duit hasil jualan dengan duit dari pendapatan lain. Latihan kejujuran amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan sekali-kali letakkan wang yang dibayar pelanggan anda dalam poket anda walau sekejap.ini kerana poket anda juga diisi oleh wang gaji anda. Kesibukan akan menjadikan anda lupa untuk mengira wang itu semula. Anda berkecenderungan pula untuk menggunakan wang tersebut padahal anda perlu ingat itu bukanya keuntungan tetapi masih bercampur dengan modal.

Ia akan jadi bertambah buruk jika anda terikat dengan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan itu. Seterusnya jika tidak ditanggani awal , ia menyebakan anda perlu menggunakan sumber pendapatan lain untuk membayar balik pinjaman dan bagi menutup modal yang tersilap pakai ini...hasilnya perniagaan yang sepatutnya bagi pulangan bagi menampung gaji anda yang kecil itu akan menjadi bebanan kepada anda pula. Mana taknya anda tetap perlu menggantikan modal tersebut untuk meneruskan perniagaan anda. 

Masalah akan jadi lebih serius jika anda biarkan ia berterusan. Akhirnya perniaagaan kecilan anda perlu dihentikan tetapi bayaan pinjaman tetap perlu anda langsaikan dengan menggunakan pendapatan lain atau simpanan. Katakanlah anda tidak terikat dengan bank kerana anda telah menggunakan simpanan anda, maka yang terkesan adalah simpanan anda semakin menyusut.

Perlu ingat, apabila kita memulakan perniagaan, matlamat kita adalah untuk untung. Balik modal mungkin boleh dipertimbangkan . Namun jika anda rugi, maka ia perlu dihentikan sebelum ia akan memakan simpanan anda atau pendapatan lain anda.






2 comments:

  1. Sesuatu yg menarik. Keep it up sis :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..banyak perlu belajar dan minat menulis dulu sentiasa ada

      Delete