Monday 20 October 2014

RUMAH KECIL ITU SYURGA KITA

SALAM
SAJAK UNTUK BABA, AMMAR DAN TASNEEM




Rumah ini adalah tempat yang paling selamat untuk keluarga.
rumah adalah tempat bersatu kasih ibu-bapa dan anak -anak
Rumah adalah dewan perhimpunan keluarga sementara menyusuri kehidupan sehingga tua dan pulang ke `rumah abadi'.
Rumah adalah sebuah medan menghasilkan manusia yang akan bertebaran didunia ini.
Rumah juga sebuah sekolah atau sebuah madrasah tempat memberi pendidikan untuk mengenal Allah .
Ia adalah tempat mengenal  kehidupan didunia ini dan isi dunia ini.
Ia adalah tempat mengasah bakat anak-anak kecil.
Di rumah kasih sayang disemai. kasih sayang dibajai. 
Dirumah kesibukkan kerja di pejabat dilerai,
gambar rumah desa sumber photo desaseni 610x350


Rumah adalah tempat belajar sembahyang. 
Rumah adalah tempat belajar mengemas. 
Rumah adalah tempat belajar berkongsi. 
Rumah adalah tempat belajar bertimbang rasa. 
Rumah adalah tempat belajar berkerjasama.
Rumah tempat belajar cara komunikasi.
Rumah tempat silaraturrahim dipanjangkan.
Kita tidur dirumah bila malam. 
kita tidur tengah hari sekejap supaya tubuh sihat. Itu sunnah Rasullullah. 
Keindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja8 Keindahan Kampung Tradisional Jepun Yang Sangat Cantik
oleh itu untuk keluarga dan anak - anak ..
walaupun tak besar ..ia perlu selamat..Ia perlu bersih

Bermainlah sepuas hatimu anak-anak dirumah ini..
Tapi ingatlah ..

ia perlu dikemaskan bila bersepah



LIMA PERKATAAN LIMA SAKSI

SALAM ANAK-ANAK UMMI..
BACALAH DENGAN NAMA TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

RENCANA DARI IKIM..
(GAMBAR HIASAN)
Meraikan perayaan kedua-dua hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha dalam Islam hukumnya Sunat dan mendapat pahala apabila menyambutnya dengan kegembiraan. Merayakan Aidil Adha dengan ibadah korban juga menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim AS, bapa sekalian anbiya’
Amalan ibadah korban itu seperti dikongsikan sebelum ini dapat mendidik jiwa kearah ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia juga boleh mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat suka bersedekah dan ringan membelanjakan harta ke jalan Allah SWT. Keikhlasan menunaikan ibadah  ini juga dapat menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik. Semoga dengan keikhlasan hati dan keredhaan Allah atas korban yang dilaksanakan, kita beroleh pengampunan dosa dan perlindungan Allah SWT daripada kejahatan syaitan, orang lain terhadap kita mahupun hawa nafsu kita sendiri. .
Menyambung siri ketiga tajuk Ibadah Korban dalam Pesona D’Zahra kali ini bersama tetamu Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin yang bersiaran setiap Isnin jam 10.00 pagi di IKIMfm, pengisian diteruskan dengan tajuk“Istimewa Aidiladha: Lima Perkataan, Lima Saksi”.
Memulakan bicara berkenaan tajuk ini, Ustaz Muhammad menyebut bahawasanya Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang sangat bertuah dan beruntung kerana dipilih Allah SWT sebagai sebaik-baik umat. Umat Nabi Muhammad SAW terpilih untuk mengikut ajaran yang paling hebat iaitu ajaran al-Quran. Firman-Nya yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Surah ali-Imran, ayat 110)
Kepada umat Muhammad SAW diberikan segala kebaikan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu. Antaranya adalah Lima perkataan yang dikurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW. Kita beroleh kesempatan melakukannya sebagai amalan dan memperoleh redha Allah swt serta kebaikan yang datang bersamanya.
Azan dan Iqamat
Azan dan Iqamat adalah merupakan sunnah Nabi SAW di mana kita disuruh supaya melaungkan azan apabila masuknya waktu solat dan kemudian iqamat bagi memulakan solat. Selain memaklumkan masuknya waktu solat, azan juga mempunyai kelebihan lain.
Antara kelebihan azan adalah ketika berlaku sesuatu mala petaka dan bencana atau sekiranya kita berada dalam keadaan yang getir sunat ianya dilaungkan. Contohnya ketika menghadapi bencana kebakaran dan segala jalan ikhtiar telah diusahakan, digalakkan kita melaungkan azan sekuatnya kerana dikatakan ia dapat mengurangkan maraknya api yang membakar.  Begitu juga waktu rebut dan waktu-waktu seumpamanya. Dalam pada itu, azan juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang sedang dalam kerasukan dan menghindarkan mereka daripada kejahatan jin, begitu juga sunat mengazankan untuk orang yang hendak musafir atau untuk bayi yang baru lahir supaya bayi itu tidak akan diganggu oleh syaitan daripada kalangan jin.
Talbiah  
‘Talbiah’ ialah ucapan kehadiran yang dilafaz oleh para Jemaah Haji yang menunaikan ibadah haji dan umrah setelah berihram ketika berada di tanah suci Mekah. Bertalbiyah dengan menyahut seruan Allah, pembuka ucapan dan pengakuan atau ikrar, iltizam serta komitmen perjanjian dan kata-kata langsung atau berdialog dengan Allah SWT. Talbiyah mempunyai makna yang agung, kerana mengandungi tauhid dan kebesaran Allah SWT. Kelebihan orang yang mengucapkan talbiah akan menyuntik rasa keimanan kedalam hatinya.
Takbir Hari Raya
Takbir hari raya dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW pada tahun 5 Hijrah ketika berlakunya peristiwa perang Khandak atau Perang Ahzab. Dalam perang tersebut kaum kafir bergerak untuk menyerang Madinah dengan misi membunuh Rasulullah SAW dan para sahabat. Pada ketika itu jumlah tentera Islam adalah sedikit jumlahnya berbanding tentera kafir. Ketika bermesyuarat bersama para sahabat, Rasulullah SAW telah diberi cadangan oleh sahabat yang bernama Salman Al Farisi RA Salman Al Farisi yang berasal dari Parsi mencadangkan teknik yang digunakan oleh tentera di tempat asal beliau apabila berhadapan situasi peperangan yang serupa. Beliau mencadangkan agar digali parit yang dalam dan besar disekeliling tanah Madinah, dan tanah yang telah digali itu pula ditimbunkan di sebelah Madinah sebagai dinding kubu pertahanan. Selain itu dinding kubu itu juga menghalang musuh daripada mengetahui jumlah tentera Islam didalamnya dan sukar untuk musuh Islam menyerang.
Nabi Muhammad SAW menerima cadangan itu dan tentera Islam mula menggali parit yang panjang dan besar tersebut pada bulan Ramadan ketika itu. Diringkaskan, musuh yang tiba di Madinah terkejut akan teknik perang yang tidak pernah dilihat mereka ketika itu. Mereka mulai menghantar serangan tetapi setiap kali serangan mereka digagalkan tentera Islam sehinggalah pada pagi 1 Syawal, Allah SWT menurunkan angin yang kuat sehingga mengkucar-kacirkan bala tentera kafir dan membuatkan mereka bertempiaran lari pulang dengan ketakutan dan memberi kejayaan kepada Islam. Maka kerana itulah kita melaungkan takbir sebagai menandakan kemenangan atas sesuatu amalan kebaikan yang berjaya kita laksanakan kerana ianya bantuan dari Allah swt.
Salam
Ucapan ‘Assalamualaikum’ atau maksudnya ‘Selamat sejahtera ke atas kamu’ adalah antara adab sosial dalam masyarakat Islam. Ia adalah satu ungkapan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW. Allah SWT juga memerintahkan agar kita membalas salam yang diberi dengan ucapan yang sama atau lebih baik daripadanya. Maka, adalah wajib ke atas tiap-tiap orang yang mendengar ucapan salam itu untuk menjawabnya dengan ucapan salam juga.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Demi diriku yang berada dalam genggamanNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Tidak mahukah kamu kutunjukkan sesuatu yang apabila kamu membuatnya kamu akan berkasih sayang? (Iaitu) sebarkanlah salam di kalangan kamu.” (Mafhum hadis riwayat Muslim). Jadi ucapan salam itu bukanlah semata-mata sapaan biasa seperti “Selamat Pagi” atau “Good Morning” atau “Hello” tetapi ia ungkapan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW dan melakukannya dikira ibadah dan mendapat pahala. Justeru ucaplah salam kepada semua saudara seislam kita baik yang kita kenali atau tidak kerana ia akan mengikat kasih sesama kita.
Amin pada doa
Amin pada doa adalah perkataan khas bagi mengiringi doa yang dibaca. Antara kelebihan umat Nabi Muhammad SAW ialah ucapan “Amin”, yang bermaksud, “Ya Allah perkenankanlah doa kami”. Keistimewaan ini adalah antara beberapa keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW yang menimbulkan rasa hasad kepada orang Yahudi. Sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud: “Perkara yang menjadikan Yahudi berasa dengki kepada kamu ialah kerana kamu dikurniakan ucapan salam dan Ta’min (Amin).” (Hadith Riwayat Ibnu Majah). Dengan itu ucaplah amin pada setiap doa yang dipanjatkan oleh kita mahupun orang lain.
Meneruskan bicara tajuk 5 perkataan 5 saksi, Ustaz Muhammad kemudiannya menghuraikan bahawa afdhal memotong  bulu dan kuku seseorang adalah selepas menyaksikan ibadah korban dijalankan. Ini kerana disebutkan terdapat 5 saksi amalan kita dia akhirat nanti.
Allah swt menyaksikan amalan semua hambaNya
Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah SWT dapat melihat segala gerak geri hamba-hambaNya. Meskipun hamba-hambaNya beramal dalam keadaan sembunyi, namun Allah SWT dapat melihatnya dengan jelas dan terang.
Sepertimana firmanNya dalam Surah Al-Imran ayat 18 Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian) tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Penglihatan Allah SWT itu tidaklah sama dengan penglihatan yang ada pada makhluk ciptaanNya.
Firman Allah S.W.T. yang lain (yang bermaksud): Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al Hujuraat, 18).
Segala aktiviti yang terjadi di alam ini, baik terang mahupun yang gelap, yang besar mahupun yang kecil, yang nyata, mahupun yang ghaib tidak akan luput daripada penglihatan Allah SWT.
Keyakinan dengan sifat Allah Maha Melihat ini menjadikan insan-insan yang beriman bertambah takut dan bertaqwa kepada Allah SWT kerana mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa melihat amalan yang dikerjakannya.
Malaikat menyaksikan amalan ketika Hari Kebangkitan
Selain daripada Allah SWT yang sentiasa menyaksikan perbuatan kita, ada para saksi yang tidak terlihat di sisi kita dan tidak pernah meninggalkan kita. Mereka adalah para malaikat yang bertugas mengawasi dan mencatat setiap perbuatan. Allah swt berfirman didalam Al-Qur`an. “Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”(Qaaf:17-18). Apa yang dicatat para malaikat tersebut akan ditunjukkan pada hari perhitungan, ketika manusia akan ditanyai tentang perbuatan mereka di dunia.
Saksi ketiga adalah sesama manusia
Satu ketika disebutkan di zaman Nabi Muhammad SAW, “Anas bin Malik r.a berkata: Telah datang jenazah yang dihantar melewati para sahabat Rasulullah SAW, kemudian mereka memujinya dengan kebaikan lalu Nabi SAW bersabda yang bermaksud: ’Wajib! Tidak lama kemudian datang lagi iringan jenazah lain dan mereka mengatakan keburukan-keburukannya. Nabi SAW bersabda: ’Wajib! Umar bin Khattab RA bertanya: ”Apa yang wajib wahai Rasulullah? Baginda bersabda mafhumnya: “Jenazah yang kalian puji dengan kebaikan maka dia wajib masuk syurga. Dan yang kalian sebut kejahatannya maka dia wajib masuk neraka, kalian adalah saksi-saksi Allah di muka bumi.” (Muttafaqun Alaih). Justeru berlaku adillah dengan sesame manusia dan berusahalah  mencontothi akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat baginda agar kita disayangi didunia dan diakhirat.
Tubuh badan akan menjadi Saksi
Firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat ke-65 mafhumnya: “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang dulu mereka usahakan.”
Pada hari akhirat nanti, anggota badan kita sendiri akan sendirinya berkata-kata memberi saksi melihat perbuatan kita di dunia. Maka pergunakanlah anggota badan dengan berhati-hati dengan tujuan yang tidak menyalahi nikmat yang diberikan kepada diri kita. Keraplah berzikir, menjaga pancaindera, berhati-hati dengan makan minum  dan punca rezeki yang masuk ke dalam diri dan keluarga kita. Dan sesungguhnya yang menahan daripada menjadi saksi perbuatan buruk kita nanti hanyalah taubat.
Kembali kepada sunat menangguhkan memotong bulu dan kuku, atas sebab merekalah yang akan menjadi saksi kepada amalan kebaikan dan ibadah korban yang kita laksanakan.
Makhluk lain juga menjadi saksi
Keadaan di hari akhirat semenangnya tidak dapat dibayangkan betapa ia menggetarkan hati. Selain kesemua yang disebutkan diatas memberi kesaksian atas perbuatan kita, pada hari itu nanti makhluk lain juga akan diberikan hak mereka untuk berbicara.
Binatang yang diseksa atau disantuni juga akan didatangkan bagi memberi perakuan kepada apa yang pernah kita lakukan baik kebaikan mahupun pengabaian keatas mereka. Jadi berlaku baiklah kepada haiwan dan alam sebagai menghormati hak makhluk Allah SWT yang lain. Bumi juga dibolehkan bercakap sekiranya diminta untuk menjadi saksi kepada perbuatan kita didunia. Kerana itu terdapat orang-orang soleh yang berpindah tempat beberapa langkah untuk menunaikan solat sunat selepas solat fardhu bagi memperbanyakkan tempat amalan soleh diatas bumi Allah swt.
Rasulullah SAW bersabda; “Yang dimaksudkan dengan bumi pun menceritakan khabar beritanya ialah bumi akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan oleh manusia di muka bumi. Bumi berkata mafhumnya, bahawa si fulan ini telah melakukan sesuatu di belakangku”. (Riwayat At-Tirmizi )
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 13 Oktober 2014

SELAWAT SYIFA

SALAM..

SESUNGGUHNYA ALLAH BERKUASA UNTUK MENYEMBUHKAN ATAU TIDAK MENYEMBUHKAN, SEBAGAI HAMBA MINTALAH HANYA PADA ALLAH BAGI SETIAP PENYELESAIAN SEGALA MASALAH TERMASUK PENYAKIT..MOGA - MOGA DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA PADA KITA HAMBANYA YANG TIDAK TERDAYA INI , MAKA RINGANLAH SEGALA BEBAN HIDUP DIDUNIA INI. 



sila klikhttp://www.youtube.com/watch?v=LvdiqDoxXOU

Wednesday 1 October 2014

LAMAN:BERIADAH DI LAMAN SENDIRI

SALAM

ENTRY UMMI KALI INI ADALAH MENYUSURI PERKEMBANGAN AMMAR MEMBESAR DAN BERIADAH DI TAMAN TOK WAN. ENTRY SEBELUM INI MEMAPARKAN TAMAN TOK WAN YANG DAH BANYAK BERUBAH  BERBANDING DENGAN TAMAN YANG UMMI TUNJUKKAN PADA ENTRY KALI INI..

Ummi tak suka anak-anak berada didepan tv waktu petang. Waktu petang adalah masa untuk beriadah. ambil udara, lihat fenomena alam.Bukan masa untuk tidur. Faham tak Anak-anak ..? 

Keberbatasan masa untuk beriadah diluar menjadikan kita anak beranak banyak menghabiskan masa cuti hujung minggu di Taman Tokwan..Taman Tokwan yang sekangkang kera ini amat hijau dimata ummi..jadi tak salah lah kalau ummi lebih suka buat aktiviti di sini berbanding kat luar.

Moralnya.. kita suka Taman Tok Wan...

tak silap ummi , umur Ammar pada masa ini setahun ..petak simen yang sama dengan entry sebelum ini..




Dibelakang Ammar tu pokok rambut hantu namanya...tok wan yang  bagi nama tu..hari ni pokok tu dah tak de lagi..



 my son Ammar...Jadilah manusia yang bermanfaat pada orang lain..
jangan menyusahkan orang lain..agar orang sayang kamu..Allah juga sayang kamu..Ummi sentiasa doakan kamu...



rumput yang hijau dan penuh ruang..


suka tenguk yang ni..Ummi harap anak ummi ni salah satu hobinya adalah berkebun. Kebaikan berkebun adalah :- melatih fizikal jadi kuat, otak cergas, kesihan punn baik..kalu kena caranya boleh jimat duit sebab boleh tanam pokok macam lada, sawi , petola, sireh dan macam-macam lah..

Pada masa ni, ummi ada waktu lebih disebelah petang, boleh siram rumput..itu pasal rumput hijau dan bersih..tak de debu...Ammar boleh duduk terus jer..tak kotor..


gambar candid..


tenguk..dia lebih bersedia untuk  bergambar..tangan siap pegang bunga lagi...Umur Ammar  dua tahun tak silap ummi..Orkid tu pun dah mati ..Tok Wan ganti dengan pokok lain dah pun..



Dalam kenangan sambut hari jadi yang ke 3 ...bersama Anis..Ma Yam lewat mari ,,Ammar tak sabar nak potong kek..belakang tu bangsal bunga Tok Wan




Nanti besar...awak boleh view lagak awak ni camner..bangsal Tok Wan pun nak roboh dah..sekarang tak de dah pun..



Tak silap ummi..Umur Ammar 4 tahun pada waktu ni..dah boleh berdikari..waktu petang suka buat aktiviti luar rumah ..sila abaikan lah kain - kain tu yea..warna nyer blur berbanding dengan gambar lain kerana ummi tangkap gambar dari album manual kita..kreative ke apa...LOVE U ALL

Ok lah ..tak de lah banyak pun gambar yang diambil ..cukup lah untuk buat kapsul masa untuk Ammar dan Tasneem nanti..Tasneem tak de lagi pada masa gambar ni diambil..



























Sunday 14 September 2014

YA HANANA OLEH HABIB SYECH BIN ABDULQODIR ASSEGAF

Pemandangan kawasan pendalaman di Jepun.
gambar hiasan 

salam...

siapa yang tak minat Qasidah ya hanana? semua minat termasuk kami sekeluarga..jadi entry kali ini adalah untuk halwa jiwa dan mata Ammar dan Tasneem. Kepada sesiapa yang turut tenguk..alhamdulillah, moga-moga perkongsian benda-benda yang baik - baik mampu memberi kesan yang baik-baik. Semoga lantunan Qasidah yang dinyanyikan oleh Habib Syech ini mampu memyemarakkan kasih sayang dan kerinduan kita kepada Rasullullah kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w

terima kasih pada laman web/dan bloq yang jadi sumber entry ummi kali ini.


sila klik laman web dibawah untuk tenguk video ya hanana 
youtube :
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=E4cvx4s9BDE

YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

sumber dari : http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/10/ya-hanana-lirik-dan-terjemahannya.html


Friday 12 September 2014

LAMAN:KEBUN KREATIF DI HALAMAN IBU TASNEEM (BUKAN AINAN TASNEEM)

salam..
Ibu Tasneem adalah pengasuh Tasneem . Ummi suka tenguk kebun yang ada dihalaman rumahnya. Kebun ini Nenek Tasneem yang ushakan. Nenek cuba memanfaatkan sebijak mungkin halaman yang ada agar ruang tanah ini tidak kosong dan membazir. Yang paling penting...HIJAU dan SEGAR ..tu yang ummi suka tu..




Pokok nenas dan kacang bendi...kecik gi,,



ini pula pokok bayam..bagus untuk tambah darah..orang yang ada darah tinggi dilarang makan ni..darah mendadak naik ni..


pokok sayur petola. Pagar sedia ada dimanfaatkan jadi penyokong









Pokok kacang ulam..


 ini adalah pokok naga.Puteh atau merah ummi tak pasti. tiang simen dan tayar digunakan sebagai penyokong. Semua ni barang terbuang..



dah berbuah punn...tunggu masak la..



Satu-satunya  benda bernyawa dikalangan tumbuhan hijau

Ummi nak tunggu pokok-pokok ni keluarkan hasil .Pastu kita update lagi la part kebun-kebun ni..

Wednesday 10 September 2014

VISIT KELANTAN-EXPO TANI -3 SEPT. HINGGA 7 SEPT. 2014


Expo Tani 2014 telah diadakan pada 3 sept. hingga 7 Sept. di Padang Perdana sebelah Stadium .di Kota Bharu. Kesempatan ini, kami sekeluarga telah berkunjung disebelah malam la, masa siang tak de..kesian juga anak-anak dan Tok Wan dah lama tak berjalan. ummi asyik kerja jer...duniawi duniawi...

Ok lah ..jom kita jalan-jalan, tenguk apa yang menarik di expo ini.. 


Kunjungan kami di sambut oleh buah-buahan extra big ...big macam ni...


Pisang dan ubi kayu


  tu dia weh,,Ammar tak pernah tenguk lagi ni kubis besar  macam ni.

Ada ruangan untuk buah-buahan liar ..yang mungkin susah nak cari di sesetengah tempat di Malaysia..

Buah kabong. Digunakan dalam minuman sirap atau air batu campur.


yang ni semua kenal.kelapa tua dan muda

buah rotan..akar rotan untuk buat perabut

sejenis rotan. Rotan manau

Buah keriat. rasanya masam manis. masa kecik dulu suka sangat..

Ni buah nipah.Banyak kenangan dengan buah nipah ni..sebab rumah ummi dulu tepi sungai..rasa lapar je, pegi sungai, lapar je pergi sungai..bawa parang. cari buah ni di antara pokok-pokok nipah yang tumbuh dalam sungai. Ummi, mak cik aya dan mak su redah jer paya sebab nak ambik buah ni..macam makanan ringan la pada waktu tu peranan buah - buah ni pada manusia. sekarang ni banyak makanan ringan kat kedai.Budak-budak tak perlu redah paya lagi.. : )






Antara bunga-bungaan , benih dan baja untuk dijual..




Atas tu adalah sejenis bunga buatan dari material yang baru di pasaran..Lateks..Kak Jah sebelah ummi itu adalah tenaga pengajar di Jabatan Getah Malaysia, Dia boleh ajar sesiapa yang berminat dengan kraftangan ni..boleh dijadikan sumber pendapatan baru ...

akuarium di gerai jabatan perikanan


di bawah ni adalah rupa gerai jabatan pertanian..amat menarik sekali..hijau ini cantik .. jom kita semak ....




salad dan kailan dengan kaedah hidroponik..boleh dituai dalam 6 minggu..




kaedah memanfaatkan ruang sempit




satu lagi kaedah memanfaatkan ruan sempit,,bagus untuk petani dalam bandar..Ammar dan Tasneem patut tenguk ni...


Perhatikan benang sumbu pelita yang berendam dalam air tu. Fungsinya supply air pada tanaman tak akan putus walaupun pemiliknya tak ada ..pokok boleh minum sendiri ..(air terserap kedalam sabut kelapa dan tanah)








macam-macam cara penanam sayur untu ruang sempit..cuma perlu usaha sikit jer..berkorban masa ..hasilnya mesti lah bagus kerana boleh menghijaukan kawasan laman,. udara segar..dan pentingnya jiamt duit ...mana tau boleh jual...?



herba mas cotek.

Selain itu terdapat pertandingan yang diadakan untuk mempertandingkan hasil tani peserta.



macam - macam yang dipertandingkan ...buah-buahan  'extra besar' 

terdapat juga gerai untuk mempamerkan nasib umat islam di Gaza dan kekejaman zionis . ada tabung Gaza..

Bukan Al - Qasam betul ni...patung jer...


                               
peace by Ammar..di gerai GAZA..


selepas itu kami ke hasil ternakan pula..Lihat hawan trenakan yang extra big juga..Ammar suka sangat..Tasneem pula dah merengek nak tidur.





kambing ni stress , tak leh tidur gi..ramai orang tenguk dia..



promosi aktiviti menunggang kuda ..salah satu kemahiran yang di suruh oleh Rasulullah..Ammar pun nak naik juga tapi tak sempat..dah malam sangat..adik awak meragam ..


satu lagi kemahiran yang disuruh Rasulullah..memanah..Ammar kena cuba ni..'next time' la..


ok..selepas tenguk kakak ni memanah kami pun balik la..Ammar dan Anis tak puas hati..nak jalan lagi..Lupa nak mentioned ..selain Tok Wan , Annis pun ada ikut kita..