Saturday 25 February 2017

Release tension di D'Apple

Sesuatu terjadi hari ni menyebabkan hati rasa terseliuh. Kerja sebagai jurukira di syarikat Oil and gas terbesar di Malaysia ni amat mencabar kewibawaan ..apatah lagi tok wan sakit pula sehari dua ni...


Walaupun punch card pukul 6.10 petang, namun hati terasa sangat ingin berhenti sekejap layan perasaan. Nak berhenti kat mana. Jadi D'Apple Pengkalan Chepa muncul dalam ingatan. Kerapkali juga makan kat D'Apple Kota Bharu bersama keluarga. Jadi ummi singgah lah layan tension bersama lamb chop..tambahan pula petang-petang macam ni pelanggan pun kurang. Ummi seronok la layan lamb chop sorang-sorang..selepas bayar di kaunter, pelanggan lain masuk untuk dinner .. waktu untuk ummi pulang ...

Wednesday 22 February 2017

Bersilaturrahim melalui kenduri kahwin


Kakak Fiza kahwin, sepupu Ammar..alhamdulillah bertambah besar kelarga tok wan.
Walau pun duduk sama di Kelantan tapi nak berjumpa dengan anak buah ni bukan senang juga. Maklumlah semua bertaburan di luar Kelantan. Hanya pada kenduri kendara macam ni sahaja berpeluang berjumpa.


Bergambar dengan Ros , anak saudara ummi iaitu anak Kak Dah yang sulung . Berapa tahun dah tak berjumpa.

Terubat rindu pada anak buah dan cucu - cucu ni... kami ni sebaya..walau pangkat emak saudara dan anak..banyak kenangan zaman kecil di kongsi bersama..




Insyaallah bulan ogos ni along nisa plak kahwin...berkumpullah kita yea..


Saturday 18 February 2017

Menghitung bintang menatap bulan dengan anak-anak

Assalamualaikum..
Sebelum kamu berdua ada...ummi selalu bawa abang Naseem dengan kakak Aimy jalan keliling taman pada waktu malam. Bulan dan bintang kat langit biasanya yang jadi tarikan.

Tiba masa ummi nak tenguk bulan dan bintang dengan kamu berdua pula.

Masa ummi kecil dulu nak tenguk bulan bintang tak perlu keluar rumah. Jenguk jer dari jendela dah nampak bulan bintang sebab jendela rumah kampung beratap nipah tokwan dulu tak de jeriji.

Kekadang cahaya bulan waktu terang menyelinap masuk hingga ketikar tempat ummi tidur. Ini kerana atap nipah yang bocor memberi ruang pada sang rembulan memberikan cahayanya...kini ummi sendiri lupa cahaya bulan yang asli kerana waktu malam kini sudah terang disuluh lampu neon..hingga pudar lah cahaya bulan.

Nak tenguk cahaya bulan yang sebenarnya? Kena tutupkan semua lampu di waktu malam barulah cahaya bulan kelihatan..

Diantara dua zaman, pada cahaya bulan ada bezanya apa lagi lain-lain benda seperti kos hidup, teknologi dan cara berfesyen.

Syukran kerana rembulan masih bercahaya



DESIGN YANG TERCIPTA DARI CINTA

Baru ada kesempatan nak publishkan hasil seni yang selama ni terendam..dengan bangganya ummi publishkan untuk tatapan anak-anak ummi. Mungkin blog ni kekal hingga kalian dewasa...waktu tu ummi pun dah semakin tua..nak melukis pun dah tak mampu...jadi tenguklah hasil seni ummi ni...walau tak seberapa...



Jangan tanya kenapa jadi gitu tak gini..atau ada yang senget ke... makkumlah lama dah berhenti melakar ni...ha ha ha



Kenapa model gempal ye? sebab ummi cuba design yang sesuai untuk saiz ummi yang gempal ni juga.

Setengah orang diberikan rezki dengan jadi designer. Walaupun ummi bukan nak jadi designer tapi tak salah juga jadi akauntan yang boleh design. Maklumlah zaman sekarang ni kena pelbagaikan kemahiran.

Maka Tasneem dan Ammar, banyakkan kemahiran yea..cari ilmu dunia dan akhirat.. 




LUANG MASA BERMAIN DENGAN ANAK

Hari Jumaat adalah hari yang paling dinantikan oleh ummi . Hari ini adalah hari cuti bagi ummi. Cuti satu hari seminggu , bekerja 6 hari seminggu. Semua benda nak buat pada hari ini. Pergi ke pasar, cuci baju, sapu sampah , jemur kain, mengajar anak dan termasuk juga bermain-main dengan anak.  Aduhai... kerap kali juga pada hari Jumaat ini ummi kena sakit kepala. Tidur dari pagi hingga hilang sakit kepala. Kekadang hilang tengah hari , kekadang malam pun tak hilang - hilang. Bila ini berlaku maka rosak lah penantian semua untuk meluangkan waktu bersama keluarga.

Itu jika terkena sakit kepala..biarlah ..nak buat macam mana kan? okey jika sihat , macam - macam nak kena buat. Jadi kena berdoa ummi sihat selalu.




Waktu petang adalah waktu yang ditungu-tunggu oleh Ammar dan Tasneem. Semenjak dua menjak ni nak bermain badminton...maka terlompat-lompat lah ummi ni smash bulu tangkis...ha ha ha...

Bukan main lagi seronok Ammar ni. Pukul lima setengah je mesti cari raket badminton, sama juga macam Tasneem..tau jer reket tu ummi simpan kat mana ya...


Biasanya jumaat jiran-jiran lain keluar , maka kawasan tu kami jajah la untuk selama sejam dua tu..

Sesungguh nya..semua ini akan ummi ingati . Ummi harap Ammar dan Tasneem pun jangan lupa kenangan kita main badminton.. kekadang tu bulu tangkis di bawa angin, maklumla kawasan pantai ni berangin...

sayang kamu semua..