Sebuah kenduri sederhana yang berlangsung di Dec. 2016 yang lalu amat menggamit kenangan dan kerinduan.Kenduri yang dibuat di rumah Tok Cik Nab Ammar dan Tasneem ini telah mengumpulkan sepupu sepapat . Riuh rendah macam dulu - dulu ..
Rumah sebelah itulah rumah yang ummi dan tok wan duduk bermula pada masa ummi berumur 14 tahun.
sepupu sepapat. Pengantin pula tak tau kemana |
Dulu rumah tok wan tak de tv, jadi nak tenguk tv pakat naik atas rumah tok Cik Nab ni. Kekadang tak naik pun kena panggil juga sebab ada citer hindustan sedap . Sepupu-sepupu ummi mesti panggil nak memeriahkan suasana.
Pengantin baru dok kat bawah pula bagi peluang ke Mak-mak |
Sekarang ni semua dah berumur dan menua. Yang berpangkat emak dah jadi nenek. Yang dulunya budak-budak dah ada anak berderet. Duduk luar Kelantan pula . Hanya kenduri-kendara sahaja tempat berjumpa.
Walaupun ummi tak sempat nak bergambar kerana Tasneem tak sihat, ummi kumpulkan juga gambar yang amat istemewa ini. Tok Ngah ada, Toksu, Tok Cik Nab dan sepupu sepapat ummi beserta dengan anak masing-masing.
Hmmm....seronoknya berkumpul macam ni....Semoga Tengku Fatin Auni dan pasangannya Berbahagia hingga ke anak cucu.
Tok wan tak ada sebab tok wan pn tak sihat masa kenduri tu...
ReplyDeleteya..tok wan pun tak de..
ReplyDeleteIshkkk... best nye kenduri cegini.. sedar tak sedar... pangkat dalam famili pown dah bertukar "status".. huhuhu cepatnya masa berlalu kan?
ReplyDeleteTANDANYA DAH TUA LA KITA..HI HI
Delete