Monday 3 October 2016

PERGI NYA PERMATA UMMAH


Hari selasa yang lalu, pakar Fiqh, Ustaz Mohd Fadzli Al Yamani telah kembali ke rahmatullah semasa berdakwah di China. Hilanglah seorang lagi permata ummah. Mengalir air mata ummi . Walau tak mengenali secara peribadi tetapi ummi telah mengikuti slot beliau di Ikim.fm Tahsinul Ibadah .



Pada hari Ahad minggu berikutnya ummi mendengar dari corong radio Ikim, rancangan khas..perjalanan terakhir beliau. Terdengar suara sendu dari setiap warga Ikim yang bersedih  atas kehilangan yang dikasihi Ustaz Fadzil . Kehilangan sang ustaz umpama kehilangan permata bagi ummah ini.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah.

No comments:

Post a Comment