Tuesday 1 November 2016

PENGEMBARAAN PERTAMA : Ammar di ladang teh









Apabila diberitahu tentang keinginan mak tok untuk membawa Ammar makan angin ke Tanah tinggi Cameron , maka bukan main lagi sukanya Ammar, maklumlah ummi dan baba bukannya sempat nak bawa anak-anak jalan - jalan.

Dari Cameron Highland mak tok  hantar gambar untuk tatapan ummi. Sebelum Ammar pergi, ummi sempat berpesan supaya jaga tingkah laku dan adab semasa berhadapan dengan orang tua. Ummi juga berpesan supaya Ammar jangan lupa baca ayat Kursi dan Al fatihah minta perlindungan dari Allah sepanjang perjalanan.  Selain itu ummi berpesan jangan teruja sangat ditempat orang . Berpada - pada lah berseronok tu. Utamakan keselamatan dan tingkah laku.

Pengembaraan? kenapa guna perkataan ini. Kenapa tidak guna 'pelancungan' ke atau 'makan  angin'? ..jawapanya adalah kerana ia lebih bwrkesan dan ilmiah. Melihat kelibat Ammar berbaju kuning di ladang teh itu, ummi rasa sangat betapa jauhnya perjalanan Ammar ini. Moga - moga pengembaraan Ammar ini menjadi langkah pertama untuk mendapat pengalaman berguna dengan melihat keindahan Allah yang berada dimerata tempat di muka bumi ini.

Alhamdulillah tiga hari selepas itu Ammar pulang dengan membawa cerita yang pelbagai kepada ummi.

Ummi sayang kamu..

No comments:

Post a Comment