Friday 11 November 2016

7 Cara Membina Minda Ushawan





Assalamualaikum

Sebagai umat Islam, perlu diingatkan berniaga itu adalah sunnah rasulullah terdapat hadis rasul yang mengatakan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Namun agak pelik juga bila yang memenopoli perniagaan adalah bukan dari umat Islam.

Adakah agresifnya bangsa lain menjadikan bangsa Islam tidak nampak penglibatannya dalam berniaga ini.

Ummi percaya pada latihan yang kerap dan awal mampu menyediakan diri kita untuk menjadi ahli perniagaan yang mampu memberi sumbangan pada ummah ..

Antara persediaan untuk menjadi ahli perniagan adalah dengan membina minda ushawan semenjak kecil seperti berikut:

1. Memberitahu anak-anak punca rezki bukan hanya dari makan gaji

2. Ceritakan kisah rasulullah yang berjaya dan terkenal sebagai pedagang yang jujur dan rajin.

3. Mulakan tabungan untuk diri sendiri dan anak-anak. Beritahu kuasa tunai ditangan melancarkan proses berniaga yang memerlukan masa untuk untung dan stabil.

4. Latih berniaga dari kecil. Ummi pernah lukis komik nipis dan dijual pada kawan - kawan disekolah rendah.

5. Menceritakan kepada anak-anak tentang perniagaan lambang kekuatan ummah dan makna jihad ekonomi.

6. Dedahkan anak dengan krusus singkat berkaitan ushawan. Jika ada adik beradik kita yang berniaga berbibcanglah untuk bagi anak kerja sementara cuti sekolah.

7. Latih diri anak untuk tugas - tugas yang berkaitan fizikal juga.

Jika kita memulakan langkah pertama sebagai penjual ikan,  maka langkah seterusnya adalah untuk mempunyai rangkaian kedai ikan yang lain juga.

Ataupun hasil dari untung jual ikan, maka boleh digunakan untuk peruncitan pula.

Apapun yang hendak dilakukan, jangan ketepikan pendidikan asas kerana semua orang perlu berfikiran ushawan samada beliau adalah seorang guru, ustaz atau hakim. Yang penting jangan lupa berniaga bukanlah untuk kekayaan diri sendiri sahaja.
   
                   



No comments:

Post a Comment