Friday 9 December 2016

CUTI SEKOLAH YANG MENGGERUNKAN....

 Ada beberapa sebab yang menjadikan cuti sekolah Bulan Disember ini menggerunkan..

 1) Cuti Baba dibekukan

Wau... baba diberikan surat pekeliling memaklumkan cuti rehat dan cuti tahunan dibekukan sebagai tindakan untuk bersiap sedia menghadapi banjir. Mana takya...hujan turun dekat dengan seminggu dah..fenomena biasa musim tengkujuh di Kota Bharu

2) Tok Wan makan angin ke Trangganu

Mak cik Ana Ammar ada kenduri kecil. Bersama mok su , tok wan ke Trangganu meninggalkan kita.

3) M.A.T.A recruit ejen baru ganti ejen Ali

Semasa kami ke Tesco jalan-jalan cari baju sekolah..jumpa team tengah recruit ejen.  Mungkin ejen Ali dah taknak jadi ejen ke tak tau la...layan sahaja...










4) Selongkar Istana Jahar.

Istana Jahar... walaupun terletak di Kota Bharu, hanya inilah masa yang sempat untuk kami pergi kesana.

Tasneem berlari-lari macam istana tu dia yang punya. Seronok agaknya. Ummi pula amat kagum dengan kesan-kesan lama di seluruh ruang...macam dilantai pada papanya..kukuh ... walau dah berusia 200 tahun.

Kena buat entry lain pasal lawatan ke istana Jahar ni...

Cantik sekali..





5) Terserempak dengan "Burger King'


Burger king dah habis du makan..akhirnya Ammar dan Tasneem jadi macam di atas ni...

2 comments: