Sunday 18 December 2016

Istana jahar


Istana Jahar terletak di bandar Kota Bharu, bersebelahan masjid Muhammadi. Usia istana ini mencapai 200 tahun mengikut kata penjaga istana ini semasa kami berkunjung pada Sabtu yang lalu.


Atas nama istana, warna keemasan melatari ruang dan hiasan dalam istana tersebut.






Memaparkan hiasan almari lama dan peralatan untuk beradu, perkahwinan dan pertunangan cara dahulu kala amat mencuit kenangan ummi.

Sejauh mana kita pergi keluar dari Kelantan , tapi pernahkah kita berkunjung kesini melihat peninggalan tradisi raja-raja melayu dahulu kala?

Segala khazanah dahulu kala, amat mengkagumkan.

Di belakang istana , balai senjata yang menempatkan alatan senjata orang dahulu kala tersergam kukuh menanti pengunjung.












Pitis...matawang Kelantan kemas terjaga di sini. Pernahkah kita sendiri melihat pitis ini. Apalagi anak-anak. Ummi rasa bangga sekali dengan lawatan ini.


Replika rumah kampung dapat dilihat disini.





Dan akhir sekali perahu yang dibelah dari pokok. Macam mana stabilnya perahu ini di air, hanya nenek moyang kita yang boleh memberitahu tentangnya.




Alhamdulillah .. kita selongkar lagi khazanah orang dahulu kala di lain masa...

No comments:

Post a Comment