Sunday 18 December 2016

Mulakan berniaga bila...



floating business
credit for google


Assalamualaikum...
Hendak mulakan perniagaan?... berniaga apa ye?..kedai runcit... ok ..modal dah cukup...rm100 ribu untuk beli barang runcit ... ok barang dah ada ...kedai dah ada... esok boleh buka kedai...

Hari pertama...jualan tak banyak...biasala hari pertama... hari kedua..tak capai taget...ketiga..seterusnya sebulan...kira-kira untung tak masuk pun dua ribu... aduh pening...macam mana nak bayar kereta...rumah..sewa kedai... ok..pinjam kak long...kak ngah... sambung berniaga lagi..masuk bulan kedua...jualan tak sampai juga rm2000..aduh macam mana ni..? Nak pinjam dengan siapa lagi...

Begitulah masalah yang kerap dihadapi . Kurang pengentahuan tentang tata urus berniaga akan menemukan ushawan dengan pelbagai cerita suka dan duka. Permulaan perniagaan yang rugi sebenarnya perkara biasa untuk satu tempoh mungkin dari 6 bulan hingga setahun. Jadi dalam tempoh ini ushawan perlu simpanan yang cukup untuk kelangsungan hidup secara asas seperti kereta,rumah, makan ninum,pelajaran anak-anak dan sewa kedai. Sumber ini datangnya dari simpanan . Selepas 6 bulan atau setahun biasanya perniagaan akan mula balik modal. Jangan sekali-kali tutup kedai kerana ini akan melibatkan pembaziran sumber yang telah dikeluarkan.Sabar dulu.

Oleh itu tak salah jika mulakan kecil-kecilan dulu agar simpanan anda cukup untuk tempoh permulaan ini. Disamping itu laburkan juga untuk iklan dan promosi.

Selamat berniaga


No comments:

Post a Comment