Assalamualaikum...
Seperti selalu Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin tidak menghampakan penantian ummi . Melalui Pesona D' Zahra banyak ilmu yang dititipkan beliau. Ummi tak sempat nak mencatit, namun rumusan yang ditulis oleh DJ di ruangan akhbar ni mampu mengulang apa yang di suarakan oleh ustaz...
sama-sama lah hayati ...seperti dibawah ini yea... tajuk hari ini adalah....
Seperti selalu Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin tidak menghampakan penantian ummi . Melalui Pesona D' Zahra banyak ilmu yang dititipkan beliau. Ummi tak sempat nak mencatit, namun rumusan yang ditulis oleh DJ di ruangan akhbar ni mampu mengulang apa yang di suarakan oleh ustaz...
sama-sama lah hayati ...seperti dibawah ini yea... tajuk hari ini adalah....
Rasa Diri Berguna
MERASA
diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk lain ditegah
oleh Allah. Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi. Sebagaimana
Allah SWT berfirman yang bermaksud:- “Janganlah kamu takut pada
seseorang makhluk tapi takutlah kepadaKu. “(Surah Al Maidah:, ayat 44).
Oleh itu, jadikanlah diri rasa sentiasa berguna agar dapat meneruskan
kehidupan .
Menerusi
tajuk yang menyentuh tentang “Rasa Diri Berguna” dalam rancangan Pesona
D’ Zahra yang disiarkan di IKIMfm pada minggu lalu, Ustaz Muhammad
Abdullah Al-Amin berkata orang yang paling dicintai oleh Allah SWT
ialah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.
Perkara tersebut dibuktikan apabila Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik
manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia”. Misalnya, dalam
institusi keluarga kita disaran menjaga
hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim
akan mendatangkan kebaikan, mampu dipanjangkan umur serta rezeki yang
murah. Justeru, umat Islam yang memandang remeh hubungan silaturahim
pastinya tidak mendapat keberkatan rezeki yang baik. Setiap
orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan
tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang masih muda. Kedua-dua sifat
tersebut khususnya sifat bertanggungjawab menjadi faktor terpenting
agar merasa diri berguna di sisi Allah dan manusia yang lain.
Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Segala tanggungjawab ini, daripada sekecil-kecilnya hingga
sebesar-besarnya akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak .
Sifat
bertanggungjawab kepada diri sendiri merujuk kepada bagaimana cara kita
menguruskan diri kita. Dari aspek agama, kita boleh kaitkan
tanggungjawab terhadap diri sendiri ini dengan menyempurnakan tuntutan
agama ke atas kita selaku seorang muslim. Bukan itu sahaja,
tanggungjawab terhadap diri sendiri juga merangkumi bagaimana kita
menguruskan personaliti dan peribadi diri kita. Umpamanya, menjaga
pakaian kita agar sentiasa kelihatan kemas. Seterusnya mengambil
tanggunjawab terhadap ahli keluarga. Dalam sesebuah keluarga, bapa atau
suami merupakan ketua kepada keluarga tersebut dan memainkan peranan
yang paling besar dalam pembentukan keluarga. Misalnya, dalam soal
agama, ketua keluarga ini wajib menyemai nilai-nilai yang diajarkan oleh
Islam ke dalam diri setiap ahli keluarga. Tidak dapat dinafikan dalam
institusi rumahtangga wujudnya situasi di mana hanya isteri sahaja
yang membantu ahli keluarganya mencari nafkah. Bagaimanapun, dalam
perkara ini suami tidak harus memandang enteng. Sebaliknya, memberi
kerjasama dan meghulurkan bantuan. Suami tersebut wajib mendidik dan
mentarbiyah mereka sehingga ahli keluarganya dapat beramal dan
melaksanakan tuntutan agama ke atas mereka. Sebenarnya, pembentukan
sesebuah masyarakat yang cemerlang dan berpegang teguh dengan syariat
Islam bermula dari peringkat keluarga lagi. Jika baik proses
pentarbiyahan di peringkat keluarga, maka akan lahir jugalah masyarakat
yang cemerlang yang ‘berdiri’ atas syariat Islam. Tetapi, perkara ini
tidak akan dapat dilaksanakan tanpa ada kesedaran dalam kalangan ibu
bapa khususnya dan masyarakat amnya. Tiada
seorang pun manusia didunia ini hidup keseorangan. Manusia telah
dijadikan hidup berpasang-pasangan dan hidup dalam komuniti atau
masyarakat. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap masyarakat mengikut kemampuan kita.
Dengan memenuhi tanggunjawab tersebut secara tidak langsung
membolehkan seseorang indivdu melebarkan komunikasi dengan ahli
masyarakat yang lain. Ia dpat dilakukan apabila individu berkenaan
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
pelbagai pihak seperti masjid, surau, dan persatuan kebajikan
Menurut
Muhammad, selain daripada menunaikan tanggungjawab terhadap diri
sendiri, keluarga dan masyarakat, kita juga tidak harus lupa akan
tanggungjawab terhadap Negara. Hendaklah kita berusaha dengan sepenuh
hati dalam mempertahan dan membangunkan negara yang kita cintai. Sifat
hubbul watan (cinta dan kasih sayang pada Negara) harus disemai pada
setiap lapisan umur. Dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat
yang dikecapi sehingga hari ini, tidak bermakna kita alpa terhadap
tanggungjawab sebegini. Justeru, anak-anak harus dipupuk agar
mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara. Dalam menjayakan
usaha ini, ibu bapa dan guru-guru perlu memberikan komitmen yang jitu
dan ikhlas dlam melaksanakannya.
Setiap
penyakit pasti ada penawarnya. Begitu juga saat-saat diri kita berasa
tidak dihargai. Allah SWT kemudiannya menjanjikan pertolongan kepada
hamba-hambaNya. Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu benci-membenci,
dengki mendengki dan masam-masam muka. Hendaklah kamu menjadi hamba
Allah yang bersaudara. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Oleh itu,
hiasilah diri kita dengan kasih sayang dan tidak menumbuhkan rasa
kebencian terhadap orang lain. Ini kerana sifat sedemian boleh menjurus
kepada permusuhan dan pergaduhan di dalam sesebuah masyarakat.
Seterusnya, kita juga disaran agar berani dengan mencari perkara-perkara
lain yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri kita. Misalnya, jika
seseorang itu telah mengalami kegagalan dalam urusan perniagaan yang
diusahakan selama ini, maka individu tersebut perlu maju kehadapan dan
mengenal pasti potensi atau bakat yang memberikan kebahagiian dan
kecemermmerlangan pada diri.
Dalam
melahirkan penghargaan kepada orang lain pula, kita diituntut untuk
memilki sifat ihtiram yang merujuk kepada menghormati dan meberi
kemaafan kepada orang lain. Satu lagi sifat yang perlu ditonjolkan
adalah ikram yakni memulikan orang lain tidak kira apa jua situasi
yang dihadapi.
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 9 Disember 2016
bagus perkongsian ni thanks ya
ReplyDeletesama-sama..
Deleteberkunjunglah lagi