AyuNikRohayu@blog
memblogkan cerita keluarga bahagia sepanjang masa, petikan rencana IKIM, resepi, perniagaan, tips dan motivasi......................................... MARILAH PAKAT MERIAHKAN BLOG SAYA NI SAMBIL MINUM-MINUM BOLEH BACA BAHAN YANG ADA...
Sunday, 11 June 2017
Tubuh koperasi boleh jadi jutawan
Baru-baru ni ummi menghadiri mesyuarat Agung Tahunan Koperasi PKINK BERHAD kerana ummi adalah ahlinya. Alhamdulillah ini yang ummi masih genggam dari hasil mengisi jawatan di Keloil Group semasa dibawah PKINK dulu.
Apa yang menarik adalah ceramah dari .... . Antara intipati yang ummi dapat dari majlis ilmu beliau adalah :
...Jadikanlah Koperasi sebagai pemacu transfomasi ekonomi rakyat Kelantan
.. wargamuda yang berumur 30an perlu mengambil peluang melalui penubuhan Koperasi
.. tubuhlah koperasi apa pun dan uruslah betul-betul
.. Sebagai pengurus , sensitif dan menkritik dan berfikiran kritikal amatlah perlu dan penting bagi menjadi yang hterbaik di kalangan terbaik
.. jangan mengamalkan penyelewengan kerana ia akan memberi musibah kepada masa depan koperasi dan masa depan keluarga dan generasi akan datang.
...pendapatan dari koperasi yang diurus dengan betul adalah amat memberangsangkan bergantung pada bidang yang diushakan.
Terasa terang akal dan hati masuk kelas ekonomi pagi ini.
Wednesday, 3 May 2017
Parti hari lahir budget
sebahagian tetamu |
Sebenarnya tempoh antara mac hingga mei setiap tahun merakamkan banyak cerita kita sekeluarga...berderat bermula mac dengan birtday ummi , adik dan baba . Ammar pula yang lahir di hari israj dan mikraj ..diikut 1 Mei yang merupakan ulang tahun perkahwinan baba dan ummi...(hi hi hi)...
So, bagi mengenangkan saat-saat gemilang ini dalam kesederhanaan kami buatkan majlis untuk kanak - kanak di kawasan kejiranan ini.Atas nama " harijadi Tasneem dan Akim' (sepupu Tasneem). Lagipun bukan selalu.
Walaupun bukan selalu tetap dalam kos budget tau. Rasa ini adalah yang kali kedua buat macam ni. Yang tahun sebelum ni lebih ramai dan hadiah lebih banyak. Memandangkan tahun ini banyak benda naik maka 'more save' la yea. Asal 'happening'..
Belon - belon lebih sikit. Gunakan bunga-bunga sikit untuk hiasan lebih kaw. Gambar goodies lupa nak ambil. Isinya biasa sahaja iaitu pensel, pemadam dan makanan ringan. Dan ummi juga sediakan sedozon buih sabun untuk kanak - kanak kecil ..Maka sambil mak bapa makan, anak - anak pula meniup buih sabun.
Bagi kanak-kanak yang berumur 9 tahun hingga 12 tahun pula ummi buatkan permainan mencari harta karun. Seronok pula tenguk budak-budak ni membaca arahan di kad soalan . Semua berjalan cepat dan berlari-lari bagi mengejar masa .
cepat-cepat ..cari benda tersembunyi |
Pemenang ada hadiah, itu sudah pasti. Dan bagi yang tidak menang pun ummi tetap bagi hadiah, hadiah kerana menyertai. Bagi kanak-kanak kecil yang tak bermain pun dapat hadiah.
Sebelum pulang setelah lewat petang, jiran-jiran berpesan .."tahun depan buat lagi Kak Yu.."
ummi jawab, " insyaallah."
Ni gambar yang di ambil pada hari berikutnya. Sebelum dikemaskan seperti asal sempat lagi Tasneem bergambar.
Begitulah sahaja..secebis memori untuk dikenangkan ..
Tuesday, 25 April 2017
ISLAM ITU INDAH (IKIM) : Solatoliks vs Workaholics
ASSALAMUALAIKUM..
KEPADA AMMAR DAN TASNEEM KHUSUSNYA DAN PARA PEMBACA TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA .. HARAP BACA NI YEA ..SEMOGA INI MENJADI PERMATA HIDUP DAN BERTAMBAH REZKI...AAMINN..
KEPADA AMMAR DAN TASNEEM KHUSUSNYA DAN PARA PEMBACA TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA .. HARAP BACA NI YEA ..SEMOGA INI MENJADI PERMATA HIDUP DAN BERTAMBAH REZKI...AAMINN..
Solatoliks vs Workaholics
UNTUK
memperbaiki dunia, kita perlu memperbaiki manusia. Untuk memperbaiki
manusia kita perlu memperbaiki hati. Untuk memperbaiki hati manusia,
bagi orang Islam perlulah perbaiki solatnya. Ini kerana solat adalah
amalan yang paling intim menghubungkan manusia dengan Allah yang Maha
Mencipta.
Bagi
sesetengah orang yang hidupnya diuji dengan pelbagai masalah kehidupan
seperti masalah keluarga, masalah kesihatan, masalah hubungan sesama
manusia, masalah kewangan dan sebagainya, solat adalah jalan bagi
mendapat ketenangan dan kekuatan berdepan dengan setiap ujian yang
dilalui.
Menerusi
rancangan Islam itu Indah yang disiarkan di radio IKIMfm, Ustaz Pahrol
Muhamad Juoi, berkata mulailah mendekatkan diri dengan Allah SWT melalui
amalan solat kerana dengan solatlah kita akan mendapat kekuatan
spiritual yang akan menjadi benteng dalam menempuh ujian hidup.
Pengalaman
menganjurkan program-program latihan, Ustaz Pahrol turut terdedah
dengan pelbagai jenis kelompok manusia. Terdapat dua kelompok yang
dikategorikan sebagai solatoliks dan golongan kedua adalah workaholics. Solatoliks
adalah mereka yang rajin menunaikan ibadah solat tetapi tidak
produktif, malas, mencuri tulang dalam melaksanakan tugas. Golongan
kedua pula iaitu workaholics adalah mereka yang rajin, komited, kuat bekerja tetapi tidak menunaikan solat.
Dua
kelompok ini bukan hanya wujud dalam organisasi pekerjaan sahaja, bahkan
dalam institusi kekeluargaan atau masyarakat memang terdapat golongan
yang kuat bekerja mencari pendapatan untuk menampung kehidupan keluarga.
Sehingga terdapat pula ibu bapa yang begitu gigih mendidik anak-anak
dengan memasukkan mereka ke kelas-kelas tertentu tetapi dalam masa yang
sama mengabaikan didikan agama terutamanya ibadah solat.
Begitu
juga ibu bapa yang gigih mencari rezeki, tetapi lupa untuk mencari
keberkatan dalam kehidupan dengan cara menunaikan solat. Namun dalam
masa yang sama ramai juga yang rajin beramal ibadat tetapi leka dalam
menunaikan tanggungjawab mencari rezeki.
Persoalan
di sini, mengapa perkara ini berlaku? Jika dilihat dari pandangan mata
hati, kita akan menemui jawapan bahawa pertentangan ini berlaku kerana
kejahilan atau kurangnya ilmu. Kurang pemahaman dalam menterjemah
kepentingan sesuatu perkara membuatkan kita bersikap salah memandang
amalan kehidupan ini.
Sikap
atau sistem nilai berfikir amat penting dalam kita mencorak sudut
pandang dengan cara yang betul. Sikap yang dibentuk oleh sistem nilai
memainkan peranan penting dalam kita membuat keputusan yang betul dalam
hidup kita.
World view
atau cara kita memandang dunia, kehidupan, akhlak, perbuatan dan
berfikir adalah kunci untuk kita melihat, mengamal ibadah-ibadah serta
urusan kehidupan ini secara seimbang. Dalam melaksanakan ibadah terdapat
tiga perkara yang saling berkait yang perlu difahami secara mendalam.
Amalan
solat adalah ibadah khusus, kerja mencari rezeki adalah ibadah umum dan
melaksanakan amalan-amalan sunat adalah ibadah sunat. Ketiga-tiga
pembahagian ini merupakan perkara yang melibatkan ibadah yang pastinya
dinilai oleh Allah sebagai amalan yang memberi pahala kepada seseorang
manusia.
Sesuatu
pekerjaan yang dilakukan jangan hanya dilihat sebagai urusan untuk
mendapat rezeki meneruskan kelangsungan kehidupan semata-mata, kerana
pekerjaan adalah satu ibadah yang wajar dilaksanakan seperti kita
melaksanakan amalan ibadah yang lain.
Justeru,
jangan sekali-kali melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah
atau menjauhkan diri dari keberkatanNya. Mencuri tulang, mengumpat,
melawan majikan, atau apa sahaja perbuatan buruk adalah amalan yang
mengundang dosa kepada seseorang manusia.
Begitu
juga amalan solat harian yang dilaksanakan. Bayangkan seseorang yang
taat akan perintah Allah dalam amalan ibadahnya, dan melaksanakan
pekerjaannya yang memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain,
pastinya akan dapat membina ladang pahala yang begitu banyak di dunia
dan juga akhiratnya.
Cara
seseorang khalifah memberi kebaikan kepada orang lain adalah melalui
pekerjaannya. Seperti kata Pak Hamka, “jika seseorang manusia bekerja
hanya sebagai bekerja, kera di hutan juga bekerja”, tetapi bekerjalah
dengan itqan yang akhirnya melalui pekerjaanlah membawa seseorang
menghuni syurga Allah taala.
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 19 April 2017
Monday, 27 March 2017
NOSTALGIANYA KENDURI KAKAK AUNI
AKHIRNYA HARI YANG DI TUNGGU MAKCIK AUNI TIBA JUGA..
Sebuah kenduri sederhana yang berlangsung di Dec. 2016 yang lalu amat menggamit kenangan dan kerinduan.Kenduri yang dibuat di rumah Tok Cik Nab Ammar dan Tasneem ini telah mengumpulkan sepupu sepapat . Riuh rendah macam dulu - dulu ..
Rumah sebelah itulah rumah yang ummi dan tok wan duduk bermula pada masa ummi berumur 14 tahun.
Sebuah kenduri sederhana yang berlangsung di Dec. 2016 yang lalu amat menggamit kenangan dan kerinduan.Kenduri yang dibuat di rumah Tok Cik Nab Ammar dan Tasneem ini telah mengumpulkan sepupu sepapat . Riuh rendah macam dulu - dulu ..
Rumah sebelah itulah rumah yang ummi dan tok wan duduk bermula pada masa ummi berumur 14 tahun.
sepupu sepapat. Pengantin pula tak tau kemana |
Dulu rumah tok wan tak de tv, jadi nak tenguk tv pakat naik atas rumah tok Cik Nab ni. Kekadang tak naik pun kena panggil juga sebab ada citer hindustan sedap . Sepupu-sepupu ummi mesti panggil nak memeriahkan suasana.
Pengantin baru dok kat bawah pula bagi peluang ke Mak-mak |
Sekarang ni semua dah berumur dan menua. Yang berpangkat emak dah jadi nenek. Yang dulunya budak-budak dah ada anak berderet. Duduk luar Kelantan pula . Hanya kenduri-kendara sahaja tempat berjumpa.
Walaupun ummi tak sempat nak bergambar kerana Tasneem tak sihat, ummi kumpulkan juga gambar yang amat istemewa ini. Tok Ngah ada, Toksu, Tok Cik Nab dan sepupu sepapat ummi beserta dengan anak masing-masing.
Hmmm....seronoknya berkumpul macam ni....Semoga Tengku Fatin Auni dan pasangannya Berbahagia hingga ke anak cucu.
Monday, 13 March 2017
Islam itu Indah (IKIM) : Panjang Angan-angan, Pendekkan Harapan
sumber : ikim |
ASSALAMUALAIKUM ANAK-ANAKKU..
SEBANYAK MUNGKIN UMMI KUMPULKAN BAHAN - BAHAN TERBAIK UNTUKMU
LEWATILAH BLOG INI KELAK BILA KAMU DEWASA
HAYATI PESAN-PESAN PARA USTAZ DAN USTAZAH INI
UMMI TIADA HARTA DAN WANG RINGGIT UNTUK DIWARISI
UMMI YAKIN ILMU DAN NASIHAT ADALAH HARTA YANG TERBAIK UNTUK KALIAN
OLEH ITU KURANGKAN BERANGAN, TINGKATKAN USHA ..TANPA BICARA PAHALA TETAP MENANTI..
Panjang Angan-angan, Pendekkan Harapan
“Ada dua hal yang paling aku
takuti menimpa kalian, Iaitu menuruti hawa nafsu dan banyak angan-angan.
Sesungguhnya menuruti hawa nafsu itu dapat menghalangi dari kebenaran,
dan banyak angan-angan itu sama dengan mencintai dunia.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya).
Virus panjang angan-angan ini adalah
penyakit Mat Jenin versi akhirat. Jika Mat Jenin versi dunia mati kerana
jatuh pokok akibat terlalu mengangankan kesenangan dunia, Mat Jenin
versi akhirat jauh lebih parah. Mereka dalam kategori ini memburu
akhirat dengan meninggalkan dunia.
Hidup biar berpada, itu pesan Ustaz
Pahrol Mohd Juoi menerusi Islam Itu Indah yang bersiaran pada Hari Rabu
jam 10.15 pagi minggu lalu. Mengaitkannya dengan firman Allah mafhumnya:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu
dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berbuat kerosakan.”
(Surah Al-Qashash, ayat 77). Ternyata perancangan akhirat itu seiring
dengan jalan atur hidup di dunia. Bagi manusia yang memburu dunia dengan
melupakan akhirat, mereka digelar mansia yang panjang angan-angannya.
Definasi panjang angan-angan adalah
mengharapkan kebaikan tanpa usaha dengan tanggapan waktu dan kesempatan
masih ada atau masih panjang buat diri. Dalam konteks agama, orang yang
panjang angan-angan ini selalu berangan-angan tentang pengampunan Allah
tanpa kesungguhan bertaubat. Sungguh Allah itu Maha Baik, tetapi
terkadang mereka lupa Allah juga Maha Membalas perbuatan dan siksaNya
sangat dahsyat dan pedih.
Selain itu, manusia yang panjang
angan-angan juga adalah manusia yang berangan-angan untuk menewaskan
hawa nafsu batin tanpa kesungguhan dalam mujahadah dan zikrullah. Mereka
sedar Bahawa syaitan dan hawa nafsu akan menyesatkan dan membawa kepada
mereka kepada kebinasaan, tetapi mereka tidak bersungguh-sungguh dalam
berzikir untuk menghalau syaitan dan bermujahadah alam melawan hawa
nafsu.
Ketika Rasulullah SAW ditanya, siapakah orang yang sebenarnya paling pintar, baginda menjawab: “Orang
yang pintar adalah orang yang dapat menundukkan hawa nafsu dan beramal
untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang
mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah dengan panjang
angan-angan” (Riwayat Ibnu
Majah). Maka, jadilah manusia yang bijaksana dengan memendekkan
angan-angan, bersungguh dan bersegera memohon pengampunan Allah serta
tidak berangan-angan kosong sehingga menjadi manusia yang dangkal dalam
menelah kepentingan hakiki antara akhirat dan duniawi apatah lagi
meremeh dan menangguh pengampunanNya.
Hakikatnya, kita ini warga akhirat
bukannya warga dunia. Justeru, bezakan dengan tuntas antara angan-angan
dan harapan. Sedar atau tidak, manusia yang punya harapan tidak miliki
masa untuk putus asa. Harapan memberi mereka ketabahan demi mengecap
kejayaan. Maka, mereka punya kekuatan untuk terus berusaha tanpa
terhenti dengan cubaan yang melintasi perjalanannya digelar manusia yang
punya impi dan harapan. Namun, jika harapan yang tercetus tidak
disusuli dengan usaha gigih maka ia hanya sekadar bermimpi bukannya
berimpian.
Selain itu, manusia yang punya
harapan akan kuat berdoa kerana mereka yakin bahawa doa adalah petunjuk
dalam merealisasikan impian. Semakin tinggi harapan, semakin gigih doa
di panjatkan. Seterusnya, kebergantunggan kepada Allah juga mantap di
kalangan manusia yang tinggi harapannya. Perlu yakin, kejayaan tidak
hadir hanya pada kejituan usaha semata tetapi perlu kepada kepercayaan
pada lemahnya telahan dan jangkaan sepanjang jalan perjuangan.
Sesungguhnya, pada usaha yang sekelumit, bakal menjemput pertolongan
daripada langit. Bantuan Allah akan hadir hasil daripada tawakal
kepadaNya.
Manfaatkan masa yang ada dan terus
berkerja dalam waktu-waktu kritikal dengan segera. Manusia yang punya
harapan ada dorongan untuk bersegera melunaskan setiap yang dirancang.
Tiada istilah bertangguh dalam diri mereka.
Terdapat beberapa faktor manusia
miliki angan-angan yang panjang. Pertama kerana kesanggupan mereka
berlumba mengejar kekayaan dunia tidak seiring rasa rakus mengejar
kekayaan akhirat. Selain itu, mereka alpa tentang kematian yang boleh
datang tanpa mengira masa dan usia. Oleh itu, bermujahadahlah melawan
rasa malas, jemu dan letih dalam beribadah dan megusir gangguan hawa
nafsu dan syaitan. Cari ilmu dan amalkan sebaiknya setiap yang
dipelajari. Katakan pada hati, diri ini bila-bila bisa mati bertemu
Ilahi.
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 8 Mac 2017
Saturday, 11 March 2017
Cara tambah pendapatan:kreatif mencari rezki
Tasneem dan Mak Cik Ku Elidanya... |
Kunjungan ke PCB kali ini , kami nampak pantai yang puteh penuh dengan buih - buih sabun yang terbang. Seronok gitu..kalu sebelumnya tak de la banyak sangat , tapi mungkin idea jual buih sabun atau sewa bekas buaih sabun ini amat mendapat sambutan, maka munculah ramai lagi orang tempatan yang buat perniagaan ini.
Anak-anak apa lagi selain dari bermain wau, mereka boleh juga bermain buih sabun. Sesuai sangat kerana faktor hembusan angin di tepian pantai. Lain hasilnya jika bermain dirumah. Buih tu tak perlu ditiup ...keluar sendiri bila kena angin .
Begitulah dalam mencari rezki. Keadaan ekonomi yang tak menentu meningkatkan kreativiti ramai orang.
Thursday, 2 March 2017
Blogging dan menulis
Assalamualaikum..
Zaman sekarang ni ..mau atau tidak perlu respon juga pada teknologi..perlu manfaatkan teknologi dalam kehidupan. Kalau dulu susah nak publishkan seni penulisan sekarang tidak lagi. Bagi ummmi, bloging amat berguna untuk orang yang gila menulis seperti ummi. Namun tahap penglibatan perlu dikawal..janganlah kerana gila blogging perhatian pada anak - anak pula terabai. Macam ummi ni .. ada masa lepas gian menulis blog pkul satu dua pagi dimasa anak sudah tidur. Janji boleh lepas gian blogging...okey lah tu..
Teringat pada sekitar 90an ummi pernah menang tulis esei remaja di radio RTM...seronok bukan main kerana dj Mustaza Maah yang sebut nama ummi dalam radio tu..ke uadara diseluruh Malaysia. Ha ha ha...seronok bukan main..gambar di atas tu adalah gamhar Ammar pegang buku antologi cerpen ' Lelaki yang Berdiri' hadiah yang ummi dapat dari pertandingan tu...
Zaman sekarang ni ..mau atau tidak perlu respon juga pada teknologi..perlu manfaatkan teknologi dalam kehidupan. Kalau dulu susah nak publishkan seni penulisan sekarang tidak lagi. Bagi ummmi, bloging amat berguna untuk orang yang gila menulis seperti ummi. Namun tahap penglibatan perlu dikawal..janganlah kerana gila blogging perhatian pada anak - anak pula terabai. Macam ummi ni .. ada masa lepas gian menulis blog pkul satu dua pagi dimasa anak sudah tidur. Janji boleh lepas gian blogging...okey lah tu..
Teringat pada sekitar 90an ummi pernah menang tulis esei remaja di radio RTM...seronok bukan main kerana dj Mustaza Maah yang sebut nama ummi dalam radio tu..ke uadara diseluruh Malaysia. Ha ha ha...seronok bukan main..gambar di atas tu adalah gamhar Ammar pegang buku antologi cerpen ' Lelaki yang Berdiri' hadiah yang ummi dapat dari pertandingan tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)