ASSALAMUALAIKUM..
KEPADA AMMAR DAN TASNEEM KHUSUSNYA DAN PARA PEMBACA TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA .. HARAP BACA NI YEA ..SEMOGA INI MENJADI PERMATA HIDUP DAN BERTAMBAH REZKI...AAMINN..
KEPADA AMMAR DAN TASNEEM KHUSUSNYA DAN PARA PEMBACA TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA .. HARAP BACA NI YEA ..SEMOGA INI MENJADI PERMATA HIDUP DAN BERTAMBAH REZKI...AAMINN..
Solatoliks vs Workaholics
UNTUK
memperbaiki dunia, kita perlu memperbaiki manusia. Untuk memperbaiki
manusia kita perlu memperbaiki hati. Untuk memperbaiki hati manusia,
bagi orang Islam perlulah perbaiki solatnya. Ini kerana solat adalah
amalan yang paling intim menghubungkan manusia dengan Allah yang Maha
Mencipta.
Bagi
sesetengah orang yang hidupnya diuji dengan pelbagai masalah kehidupan
seperti masalah keluarga, masalah kesihatan, masalah hubungan sesama
manusia, masalah kewangan dan sebagainya, solat adalah jalan bagi
mendapat ketenangan dan kekuatan berdepan dengan setiap ujian yang
dilalui.
Menerusi
rancangan Islam itu Indah yang disiarkan di radio IKIMfm, Ustaz Pahrol
Muhamad Juoi, berkata mulailah mendekatkan diri dengan Allah SWT melalui
amalan solat kerana dengan solatlah kita akan mendapat kekuatan
spiritual yang akan menjadi benteng dalam menempuh ujian hidup.
Pengalaman
menganjurkan program-program latihan, Ustaz Pahrol turut terdedah
dengan pelbagai jenis kelompok manusia. Terdapat dua kelompok yang
dikategorikan sebagai solatoliks dan golongan kedua adalah workaholics. Solatoliks
adalah mereka yang rajin menunaikan ibadah solat tetapi tidak
produktif, malas, mencuri tulang dalam melaksanakan tugas. Golongan
kedua pula iaitu workaholics adalah mereka yang rajin, komited, kuat bekerja tetapi tidak menunaikan solat.
Dua
kelompok ini bukan hanya wujud dalam organisasi pekerjaan sahaja, bahkan
dalam institusi kekeluargaan atau masyarakat memang terdapat golongan
yang kuat bekerja mencari pendapatan untuk menampung kehidupan keluarga.
Sehingga terdapat pula ibu bapa yang begitu gigih mendidik anak-anak
dengan memasukkan mereka ke kelas-kelas tertentu tetapi dalam masa yang
sama mengabaikan didikan agama terutamanya ibadah solat.
Begitu
juga ibu bapa yang gigih mencari rezeki, tetapi lupa untuk mencari
keberkatan dalam kehidupan dengan cara menunaikan solat. Namun dalam
masa yang sama ramai juga yang rajin beramal ibadat tetapi leka dalam
menunaikan tanggungjawab mencari rezeki.
Persoalan
di sini, mengapa perkara ini berlaku? Jika dilihat dari pandangan mata
hati, kita akan menemui jawapan bahawa pertentangan ini berlaku kerana
kejahilan atau kurangnya ilmu. Kurang pemahaman dalam menterjemah
kepentingan sesuatu perkara membuatkan kita bersikap salah memandang
amalan kehidupan ini.
Sikap
atau sistem nilai berfikir amat penting dalam kita mencorak sudut
pandang dengan cara yang betul. Sikap yang dibentuk oleh sistem nilai
memainkan peranan penting dalam kita membuat keputusan yang betul dalam
hidup kita.
World view
atau cara kita memandang dunia, kehidupan, akhlak, perbuatan dan
berfikir adalah kunci untuk kita melihat, mengamal ibadah-ibadah serta
urusan kehidupan ini secara seimbang. Dalam melaksanakan ibadah terdapat
tiga perkara yang saling berkait yang perlu difahami secara mendalam.
Amalan
solat adalah ibadah khusus, kerja mencari rezeki adalah ibadah umum dan
melaksanakan amalan-amalan sunat adalah ibadah sunat. Ketiga-tiga
pembahagian ini merupakan perkara yang melibatkan ibadah yang pastinya
dinilai oleh Allah sebagai amalan yang memberi pahala kepada seseorang
manusia.
Sesuatu
pekerjaan yang dilakukan jangan hanya dilihat sebagai urusan untuk
mendapat rezeki meneruskan kelangsungan kehidupan semata-mata, kerana
pekerjaan adalah satu ibadah yang wajar dilaksanakan seperti kita
melaksanakan amalan ibadah yang lain.
Justeru,
jangan sekali-kali melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah
atau menjauhkan diri dari keberkatanNya. Mencuri tulang, mengumpat,
melawan majikan, atau apa sahaja perbuatan buruk adalah amalan yang
mengundang dosa kepada seseorang manusia.
Begitu
juga amalan solat harian yang dilaksanakan. Bayangkan seseorang yang
taat akan perintah Allah dalam amalan ibadahnya, dan melaksanakan
pekerjaannya yang memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain,
pastinya akan dapat membina ladang pahala yang begitu banyak di dunia
dan juga akhiratnya.
Cara
seseorang khalifah memberi kebaikan kepada orang lain adalah melalui
pekerjaannya. Seperti kata Pak Hamka, “jika seseorang manusia bekerja
hanya sebagai bekerja, kera di hutan juga bekerja”, tetapi bekerjalah
dengan itqan yang akhirnya melalui pekerjaanlah membawa seseorang
menghuni syurga Allah taala.
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 19 April 2017
No comments:
Post a Comment